Jumaat, 23 Januari 2015


hari ini saya nak sentuh mengenai kantin sekolah pula,
Ini berlaku di hampir semua Kantin Sekolah di Malaysia,
 ini adalah antara pengalaman anak saya sendiri, 
apabila beli donut dengan harga 50 sen sebiji di kantin sekolah. Tiada duit baki diberikan.
 Beri seringgit tiada pulangan, 
perlu diingatkan, Donut di luar cuma dijual pada harga 40 sen...
Air pula cuma cordial oren dan bandung kurang susu dan tawar hambar. 
Dijual pada harga seringgit. Diberikan dlm plastik sahaja tanpa tali..(Air kat Pasar Malam lagi Senonoh singgit juga).... 
Nugget, hotdog, burger juga dijual di kantin sekolah..
 Bukankah makanan ini tidak patut ada di kantin sekolah??
 Perkara pernah dibawa ke perbincangan PIBG, 
Tapi pihak sekolah penuh dengan alasan..Kantin di bwh pengurusan Seksyen 2.
 Bila ditanya mengenai harga yang mahal dan kurang rasa, 
penjelasan Guru Besar menghampakan. Makanan yang sihat Memang kurang rasa katanya.. 
Saya pun jawap, jika kurang rasa, kurang warna, kurang ais malah kurang gula.. 
Maka harga pun patut dikurangkan... Apa yang ditulis mungkin ada yang kata,
 byk komplen tetapi percayalah, anak kita yang teraniaya.. 
Terkenang waktu dulu sewaktu pakcik kantin amat mesra dengan kami (1980an)
harga makanandi kantin dan di luar separuh bezanya.. 
Mungkin tidak semua kantin cekik darah begini, tapi byk yang begini
.APA DAH JADI!!! MINTA TOLONG SHAREKAN SUPAYA RAMAI YANG BACA.. DAN DEMI ANAK2 KITA TIDAK LAGI DIPERLAKUKAN SEWENANGNYA. JIKA PIHAK SEKOLAH TIDAK AMBIL PEDULI, KITALAH YANG PERLU PEDULI.
 




 Ini pula luahan dari seseorang yang saya dapat dari Group di Whatsapp,
Mengenai perbincangan di TV pagi tadi.
1. Pagi tadi dibincangkan di dalam tv, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.
2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:
3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."
5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.
7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.
9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.
11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T
12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.
13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
Ingatlah Anak Kita Aset Kita,
Jika Bukan Kita Siapa Lagi Yang perlu mempertahankan Hak Mereka??????

Sabtu, 17 Januari 2015

Kebiasaannya kita bila tak tau nak buat sarapan apa,
kita boleh je gunakan apa yang ada kat dapur, contohnya seperti ini,
Murtabak Mee Segera,
Saya guna Mee Sedap sebab keriuknya,
Ini resepinya,
Murtabak mee sedap
Bahan2nya
Sebiji bwg besar (didadu)
1 btg cili hijau ( dihiris )
1 sdk serbuk kari,
1/2 sdk serbuk cili,
1 sdk serbuk telur mate,
2 biji telur,
Sebungkus mee sedap ( mee direbus hingga kembang )
Perencah mee sedap.
Caranya,
1)Tumiskan bwg dan cili hijau, kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk kari,
Masukkan suku cawan air, tumis hingga naik bau, terus masukkan perencah
Mee tadi, kacau sebentar barulah dimasukkan keriuknya,
2) Pukul telur tadi bersama serbuk telur mate, kemudian masukkan mee,
Dan bahan tumisan tadi, gaul sebati, dan terus gorengkan didalam kuali,
Tanpa menggunakan minyak yang banyak,
Sebelum bahagian atasnya betul2 masak, terbalikkan dan masak lagi sebelah,
Setelah masak,bolehlah dinikmati sebagai sarapan....

 






Sabtu, 10 Januari 2015


Biasanya bila hampir tahun baru cina, ada sejenis buah yang biasanya dibuat kerepek,
nama buah ini ialah Nga Ku ataupun Arrow head,
memang sedap rasanya, lemak lemak masin,
harga sekilo lebih kurang RM 3.00,
senang sahaja membuat kerepek ini,
cuma perlukan buah Nga Ku dua kilo dibersihkan kemudian disagat nipis,
goreng didlm minyak yang banyak letakkan sesudu kecil garam,
goreng hingga keemasan.
sedia dihidang. saya sambil menggoreng sambil mengunyah, series tak boleh berenti kunyah.



Bagi mereka yang tak pernah jumpa buah ni, inilah rupanya,
Bukan buah sengkuang cina tau, ramai yang keliru, nama buah ni Arrow Head ataupun Buah Nga Ku
lepas dah goreng simpan dalam bekas kedap udara kalau tak lemau pulak.

Rabu, 7 Januari 2015

Sejak berhijrah ke Kuala Lumpur ni,
nak jumpa Mee Rebus yang power,
memang susah,
lagi baik buat sendiri, rasa sendiri,
dan pasti sedap,dari buang duit, tapi tak memuaskan,


Mee Rebus Power,,,
Bahannya,
Bahan A (Kisar)
1 biji bwg besar,
4 ulas bwg putih,
1/2 inci halia,
1/2 inci lengkuas,
1/2 cwn udg kering( dicuci dan rendam)
1/2 cwn taucu( dibasuh dan toskan ambil kacang sahaja)
Serai dititik sahaja...( ini jgn kisar)
Bahan B
1/2 kilo keledek jingga( oren )
Direbus hingga empuk kemudian kisarkan dengan 3 cwn air,
5 sdb serbuk kari ( Rempah Faiza sangat sesuai )
Stok kiub daging@ ayam
Bahan C
Mee kuning sebungkus dicelur,
Tauge juga dicelur
Tauhu goreng,
Kuih untuk mee
Telur rebus
(1 cwn tepung gandum,1 sdk baking powder,1 sdb gula, secubit garam)
Caranya,
Tumis serai sekejap sahaja, masukkan bahan A yang lain, kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan serbuk kari bersama secawan air, tumis hingga naik bau wangi,
Terus tuangkan keledek tadi dan masak hingga mendidih, masukkan stok daging
Perasakan dengan garam, dan gula 3 sdb.. Siap
Letakkan mee,tauge, tauhu,kuih, telur rebus, dan tuangkan kuahnya,
Taburkan cili potong, daun bwg, dan bwg goreng( saya letak cili je)
Makan le tunggu apa lagi...

P.S. Gambar tak secantik mana,
yang penting rasanya mabeles....

Selasa, 6 Januari 2015

Siapa LELAKI   
LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. 
Dia korbankan coklat 🍫 nya.. untuk adik beradik 👭 nya.
Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua   nya tersenyum.
Dia membelanjakan kesemua duit 💸 untuk beli hadiah  untuk  .. yang dia cinta  .. hanya untuk melihat dia tersenyum 
Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri  dan anak2 👭 👬 .. dengan bekerja lewat malam 🕚 😴 tanpa sebarang keluhan.
Dia bina .. masa depan mereka sekelurga 👪 dengan membuat pinjaman daripada bank  dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.   
Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu  , isteri  dan boss .
Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan  orang lain
Kalau dia keluar rumah  , org kata dia lalai 😎
Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas 🙇
Kalau dia marah  anak2  , org kata dia raksaksa 👺
Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab 
Kalau dia tak benarkan isteri  bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong 
Kalau dia benarkan isteri  bekerja, org kata dia makan hasil isteri.
Kalau dia dengar cakap emak  , org kata dia anak  emak 👵
Kalau dia dengar cakap isteri 👩 , org kata dia kena Queen Control 👸
Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.
Berbaloi dihantar ke semua lelaki 👴 👨 supaya mereka tersenyum ☺ & kepada semua wanita 👵 👩 👸 supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..
👏 👏 👏
Tepukan untuk semua lelaki dalam group ini. 🎊 🎈 🎉 🎈 Siapa LELAKI ❓ 👨 👴
LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. 👲
Dia korbankan coklat 🍫 nya.. untuk adik beradik 👭 nya.
Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua 👵 👴 nya tersenyum.
Dia membelanjakan kesemua duit 💸 untuk beli hadiah 💝 untuk 🙋 .. yang dia cinta 💑 .. hanya untuk melihat dia tersenyum ☺
Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri 👩 dan anak2 👭 👬 .. dengan bekerja lewat malam 🕚 😴 tanpa sebarang keluhan.
Dia bina .. masa depan mereka sekelurga 👪 dengan membuat pinjaman 💰 daripada bank 🏦 dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya. 😰 😰 😰
Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu 👵 , isteri 👩 dan boss 👨 .
Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan 💓 orang lain
Kalau dia keluar rumah 🏡 , org kata dia lalai 😎
Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas 🙇
Kalau dia marah 😠 anak2 👫 , org kata dia raksaksa 👺
Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab 😳
Kalau dia tak benarkan isteri 👩 bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong 😒
Kalau dia benarkan isteri 👩 bekerja, org kata dia makan hasil isteri.
Kalau dia dengar cakap emak 👵 , org kata dia anak 👦 emak 👵
Kalau dia dengar cakap isteri 👩 , org kata dia kena Queen Control 👸
Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.
Berbaloi dihantar ke semua lelaki 👴 👨 supaya mereka tersenyum ☺ & kepada semua wanita 👵 👩 👸 supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..