Biasanya bila hampir tahun baru cina, ada sejenis buah yang biasanya dibuat kerepek,
nama buah ini ialah Nga Ku ataupun Arrow head,
memang sedap rasanya, lemak lemak masin,
harga sekilo lebih kurang RM 3.00,
senang sahaja membuat kerepek ini,
cuma perlukan buah Nga Ku dua kilo dibersihkan kemudian disagat nipis,
goreng didlm minyak yang banyak letakkan sesudu kecil garam,
goreng hingga keemasan.
sedia dihidang. saya sambil menggoreng sambil mengunyah, series tak boleh berenti kunyah.
Bagi mereka yang tak pernah jumpa buah ni, inilah rupanya,
Bukan buah sengkuang cina tau, ramai yang keliru, nama buah ni Arrow Head ataupun Buah Nga Ku
lepas dah goreng simpan dalam bekas kedap udara kalau tak lemau pulak.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan