Rabu, 7 Januari 2015

Sejak berhijrah ke Kuala Lumpur ni,
nak jumpa Mee Rebus yang power,
memang susah,
lagi baik buat sendiri, rasa sendiri,
dan pasti sedap,dari buang duit, tapi tak memuaskan,


Mee Rebus Power,,,
Bahannya,
Bahan A (Kisar)
1 biji bwg besar,
4 ulas bwg putih,
1/2 inci halia,
1/2 inci lengkuas,
1/2 cwn udg kering( dicuci dan rendam)
1/2 cwn taucu( dibasuh dan toskan ambil kacang sahaja)
Serai dititik sahaja...( ini jgn kisar)
Bahan B
1/2 kilo keledek jingga( oren )
Direbus hingga empuk kemudian kisarkan dengan 3 cwn air,
5 sdb serbuk kari ( Rempah Faiza sangat sesuai )
Stok kiub daging@ ayam
Bahan C
Mee kuning sebungkus dicelur,
Tauge juga dicelur
Tauhu goreng,
Kuih untuk mee
Telur rebus
(1 cwn tepung gandum,1 sdk baking powder,1 sdb gula, secubit garam)
Caranya,
Tumis serai sekejap sahaja, masukkan bahan A yang lain, kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan serbuk kari bersama secawan air, tumis hingga naik bau wangi,
Terus tuangkan keledek tadi dan masak hingga mendidih, masukkan stok daging
Perasakan dengan garam, dan gula 3 sdb.. Siap
Letakkan mee,tauge, tauhu,kuih, telur rebus, dan tuangkan kuahnya,
Taburkan cili potong, daun bwg, dan bwg goreng( saya letak cili je)
Makan le tunggu apa lagi...

P.S. Gambar tak secantik mana,
yang penting rasanya mabeles....

1 ulasan: