Jumaat, 23 Januari 2015


hari ini saya nak sentuh mengenai kantin sekolah pula,
Ini berlaku di hampir semua Kantin Sekolah di Malaysia,
 ini adalah antara pengalaman anak saya sendiri, 
apabila beli donut dengan harga 50 sen sebiji di kantin sekolah. Tiada duit baki diberikan.
 Beri seringgit tiada pulangan, 
perlu diingatkan, Donut di luar cuma dijual pada harga 40 sen...
Air pula cuma cordial oren dan bandung kurang susu dan tawar hambar. 
Dijual pada harga seringgit. Diberikan dlm plastik sahaja tanpa tali..(Air kat Pasar Malam lagi Senonoh singgit juga).... 
Nugget, hotdog, burger juga dijual di kantin sekolah..
 Bukankah makanan ini tidak patut ada di kantin sekolah??
 Perkara pernah dibawa ke perbincangan PIBG, 
Tapi pihak sekolah penuh dengan alasan..Kantin di bwh pengurusan Seksyen 2.
 Bila ditanya mengenai harga yang mahal dan kurang rasa, 
penjelasan Guru Besar menghampakan. Makanan yang sihat Memang kurang rasa katanya.. 
Saya pun jawap, jika kurang rasa, kurang warna, kurang ais malah kurang gula.. 
Maka harga pun patut dikurangkan... Apa yang ditulis mungkin ada yang kata,
 byk komplen tetapi percayalah, anak kita yang teraniaya.. 
Terkenang waktu dulu sewaktu pakcik kantin amat mesra dengan kami (1980an)
harga makanandi kantin dan di luar separuh bezanya.. 
Mungkin tidak semua kantin cekik darah begini, tapi byk yang begini
.APA DAH JADI!!! MINTA TOLONG SHAREKAN SUPAYA RAMAI YANG BACA.. DAN DEMI ANAK2 KITA TIDAK LAGI DIPERLAKUKAN SEWENANGNYA. JIKA PIHAK SEKOLAH TIDAK AMBIL PEDULI, KITALAH YANG PERLU PEDULI.
 




 Ini pula luahan dari seseorang yang saya dapat dari Group di Whatsapp,
Mengenai perbincangan di TV pagi tadi.
1. Pagi tadi dibincangkan di dalam tv, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.
2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:
3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."
5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.
7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.
9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.
11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T
12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.
13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
Ingatlah Anak Kita Aset Kita,
Jika Bukan Kita Siapa Lagi Yang perlu mempertahankan Hak Mereka??????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan